1)Boleh dimainkan oleh 2 sehingga 4 pemain
2)Mula dengan meletakkan semua token mengikut bilangan pemain di petak 1 orbit kecil
3)Kocok kesemua 70 keping kad dan letakkan di tengah papan permainan
4)Tentukan pemain pertaman dengan membaling dadu,pemain yang mendapat mata tertinggi akan mula dahulu,kemudia diikuti oleh pemain di sebelah kanan dan seterusnya mengikut pusingan lawan jam.
5)Baling dadu untuk mengetahui jumlah langkah dan gerakkan token ke hadapan mengikut jumlah atas dadu
6)Mula dengan orbit kecil dan ikut arahan untuk maju atau ungur token apabila sampai ke petak tersebut
7)Keluar ke orbit luar yang lebih besar hanya apabila token berada di nombor 13 di orbit kecil
8)Apabila seorang pemain telah berjaya keluar dari orbit kecil dengan tiba pada kotak 13,pemain yang tertinggal akan boleh juga keluar ke orbit besar apabila token tiba di petak 13 dan juga di petak 7
9)Mula di petak 1 di orbit besar,tunggu giliran dan baling dadu dan gerakkan token mengikut jumlah atas dadu.
10)Ambil kad dan simpan apabila token tiba di atas petak ambil kad
11)Terdapat tiga (3) jenis kad iaitu kad akhlak baik,kad akhlak buruk dan juga kad istimewa
12)Pemain akan hanya dikira pemenang apabila mempunyai tujuh (7) kad akhlak baik termasuk juga kad istimewa dan tiada kad akhlak buruk
13)Setia satu (1) kad akhlak buruk boleh dibuang dengan satu (1) kad akhlak baik.Asingkan kedua-dua kad tersebut.
14)Setiap satu (1) kad istimewa pula membolehkan pemain untuk membuang dua (2) kad akhlak buruk.Asingkan juga ketiga-tiga kad tersebut.
15)Apabila kad di tengah papan telah habis,kocokkan semula kad yang telah diasingkan itu dan letakkan semula di tengah papan.
16)Apabila telah terdapat pemenang pertama,permainan Orbit masih boleh diteruskan untuk menentukan pemenang kedua,ketiga dan keempat.
17)SELAMAT BERGEMBIRA,SAMBIL BELAJAR!!!
No comments:
Post a Comment